Followers

Tuesday, 11 December 2018

Cerpen Encik Bad Boy Next Door | Part 1

Holla to everyone. Okey actually ni first time saya tulis cerpen. Hopefully semua boleh terima dengan hati yang terbuka.
Selamat membaca semuaaaa 💕💕
.
.
.
.



_____________________________________

Part 1

Harini hari terakhir aku dekat Pahang. Abi kena tukar kerja dekat KL so nak tak nak sebagai anak kena laa ikut.

"Fara semua barang dah kemas ke?" jerit Umi dari bawah . 

"Dah Umi" Balasku. Alahaii sayang betul aku nak tinggalkan bilik ni. Aku dah duduk dalam dari kecil lagi kot.

"Buat apa lagi Fara kat atas tu. Nak gerak dah ni." Jerit lagi Umi dari ruang tamu. Hayaaaa good bye bilik. i'm gonna miss you bebehh.

"Ye ye Fara turun nii." aku membalas sambil menuruni tangga satu per satu. Berat yaa amat beg aku ni.

"Abang Ngah!! Tolong Fara beg ni berat sangat." Aku meminta tolong Abang Ngah aku nama penuh dia Muhammad Shahrul Naim bin Muhammad Muiz. Umur dia 22 tahun. Masih single. Tak ada sorang pon perempuan melekat dengan dia. Nak cakap hensem tak jugak nak cakap hodoh pon tak jugak well muka dia muka orang melayu . Sebab dia ikut Abi orang melayu tulen. Tapi mata dia coklat cair . Tak cair sangat and tak pekat sangat. Yang tu ikut Umi .

Cop Cop Cop sekejap. Asal aku describe pasal Abang Ngah aku ni panjang sangat. Haiyaaa..

"Farah Naila binti Muhammad Muiz. Untuk kali keseratus lima puluh juta Abang Ngah panggil ni. Adik ni asal ha. Berangan tak habis-habis. Tu laa baca lagi novel yang ntah apa-apa tu. Baca laa buku bermoral sikit ni tidak baca buku cinta . Dah laa kecik lagi awak tu baru 17 tah....." belum sempat abang Ngan nak sambung Umi dah sampuk.

"Ngah dah laa tu. Cepat sikit Along korang dah bising tu. " Umi menarik aku ke kereta. Umi kenal sangat aku kalau tak ditarik keluar takkan keluar punya . Hahaha.

Aku masuk ke dalam kereta sementara Abang Ngah tengah masukkan beg aku yang penuh dengan buku tu dalam boot kereta.

"Fara buat apa tadi. Kalau Umi tak tarik keluar tadi confirm Fara terperuk lagi dalam rumah. KL tu jauh jugak tahu. Nak hadap jammed lagi. Haihh. Cuba berubah sikit Fara. " Tegur Along. 

Well now aku nak kenal kan Along aku nama dia Muhammad Hadif Naail. Along umur dia 27 tahun. Dah bertunang sorry guys. 

"Sorry sorry memang salah Fara." Aku mengalah. Baik aku mengalah kalau tak nanti tak habis sampai esok.

"Dah jom laa gerak jauh lagi ni." Abi menyampuk setelah Abang Ngah masuk kereta.

Aku memandang ke luar tingkap. Apa nak jadi dengan aku nanti. Hidup dekat bandar besar tak sama dengan duduk dekat Pahang. Aku malas nak fikir baik aku tidur. Aku memakai earphone dan aku mula dibuai mimpi.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

"Fara bangun Fara kita dah sampai rumah baru. " Kejut Along. Aku menggosok mata dan mengeliat. Mata aku melilar melihat sekeliling.

Aku turun dari kereta dan melihat rumah semi D dua tingkat. Aku menguap. Haihhh dah sampai.

"Pergi laa masuk bilik. Biar Abang Ngah dengan Along angkat barang. " Along menegur dari arah belakang. Haihh ni buat aku sayang gila dekat diorang ni.

Aku masuk ke dalam rumah dengan bismillah. Aku naik ke tingkat 2. Ada 3 bilik . Mesti Abi dan Umi nak bilik bawah. Umi dan Abi kata diorang dah tak daya nak naik turun tangga. 

Aku masuk ke dalam bilik aku. Simple and nice. Tak perlu dah kot cat bilik ni. Warna dia pon just nice. Okey laa. 

Today gonna be a long day. Chaiyokkkk.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

"So Fara dah kemas dah bilik?" Abi bertanya . Setelah bersilat masa kemas bilik tadi Abi ajak pergi makan malam. 

"Beyum Abi syikit lagi. Nak syusun novel je tinggal " balasku dengan mulut penuh.

debuk.

"Adehh." aku menggosok belakang tengkuk aku. Sakit woii.

"Kunyah dulu boleh tak. Tak senonoh betul." Tegur Abang Ngah marah.

"Sorry. " Aku tunduk dan sambung makan.

"Fara lusa masuk sekolah okey? Abi dah daftar dah haritu." Abi menyambung perbualan kami yang terhenti tadi.

"Sekolah? hmm okeyy. " Sekolah. bila nak habis nii. Spm kot tahun ni.

"Nanti Umi teman Fara masuk sekolah." Umi menyampuk perbualan kami.

"okey Umi." Aku sebenarnya tak suka nak sesuaikan diri kat tempat baru.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Sesudah sampai ke rumah kami semua keluar dari kereta. Aku orang last masuk rumah. Baru je nak masuk rumah aku ternampak seorang lelaki. Muka dia penuh dengan lebam dan bibir dia berdarah. Aku keluar dari pagar rumah dan menghampiri dia. Aku nampak dia duduk mencangkung depan rumah. Ouh ni mesti jiran baru.

Aku berdiri di hadapan dia. Dia mesti perasan aku ada depan dia dan dia mengangkat kepala dia . Aku nampak mata hazel dia dari cahaya lampu yang ada atas aku. Mata dia cantik. Aku berdehem. Aku memasukkan tangan aku kedalam kocek seluar dan mengeluarkan handy plast. Aku memberikan handy palst aku kepada dia. Aku memang selalu sediakan handy plast kemana pun aku pergi. 

Dia mengambil handy plast daripada aku. Tanpa bye aku terus pusing dan masuk ke dalam rumah. 

"Fara buat apa kat luar lama sangat ." Tegur Along. Aku hanya membalas dengan sengihan dan masuk ke dalam bilik.

Selepas solat Isyak aku bersedia untuk masuk tidur. Tapi setiap kali aku pejam mata mesti mata berwarna hazel tu akan muncul. Haihhhh tidur Fara tidur. 

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

"Nah ini jadual kelas awak. Awak akan masuk kelas 5 Geliga since awak ambil pure science . So saya Teacher Hana. Guru kelas awak. " Teacher Hana memberikan aku jadual kelas. Hurm nice pagi-pagi lagi English. At least aku masuk dengan Teacher Hana tak kekok sikit. 

"Okey teacher . Terima kasih." ucapku.

"Kalau macam tu Umi balik dulu. Fara jangan buat perangai . Ni tempat orang faham." Umi berikan nasihat awal-awal. Umi tau sangat perangai anak-anak dia.

"ai ai captain. Don't worry. Fara dah besar." Aku menyalami tangan Umi dan mencium kedua belah pipi umi. Aku menghantar Umi dengan pandangan mata.

"Jom saya tunjukkan awak kelas." Teacher Hana menegur.

Aku mengikut langkah Teacher Hana. Jauh wehh. Mangaiii ni sekolah ke Uni gila besar . Aku tabik laa dengan orang yang cipta bangunan ni. Sumpah cantik.

Teacher Hana berhenti di satu kelas sebelum masuk ke dalam. Aku berdiri sebelah Teacher Hana kekok. Ye laa semua pandang kau dari atas sampai bawah. Macam tak pernah jumpa orang.

"Good morning class." Teacher Hana meletakkan barangnya ke atas meja.

"Good morning Teacher. " Jawab mereka serentak.

"You may sit down. Okey class today you guys got a new friend . Farah you can introduce yourself." Teacher Han menyuruh aku perkenalkan diri kat depan. SEGAN WOIII.

"Assalamualaikum and a very good morning. My name is Farah Naila binti Muhammad Muiz. You guys can call me Fara and i'm from Pahang. Nice to meet you guys." Aku memberikan senyuman dan menundukkan kepala sedikit. 

"Okey nice. Fara you may sit down hurmmm beside Syakila. Syakila raise your hand please. " Aku mengucapkan terima kasih kepada Teacher Hana dan bergerak ke Syakila.

"Hai Fara." Aku mulakan perbualan. Aku mengulurkan tangan untuk bersalam. And aku lega gila dia sambut salam aku. Thats mean dia tak kerek.

"Syakila. Duduk laa. Finally ada jugak teman semeja. Lonely kot duduk sorang-sorang." Dia menegur. Aku just gelak je bila dengar dia komplain dan fokus dengan apa yang teacher Hana terangkan kat depan.

     "Okey guys. Pastikan you all siapkan essay tu esok. Saya nak tengok." Bagi tahu teacher Hana kepada kami semua. Goshhhh first day sekolah dah ada homework. haihhh. Teacher Hana keluar dari kelas selepas semua orang memngucapkan terima kasih.

"Gosh Fara first subject lagi kita dah ada homework yang kena siapkan. Ni belum lagi subject lepas ni. Mapuihhh aku." Syakila merungut. 

"Aku dah laa jenis malas nak buat esaay. Haiyaaa. Aku budak baru kena tunjuk rajin laa alamatnya. " Aku menympuk dan meletakkan kepala ke atas meja.

"Hahahaaha nice kau jenis yang masuk air jugak. Finally mujur kau bukan jenis perempuan yang acah-acah fames. Gili nokss." Balasnya. Aku tergelak dengan nada suara dia. 

"Weh baru first subjek kot dah ada homework. Sumpah aku malas nak buat." Sampuk seorang gadis yang berkaca mata.

"Thia aku pon sama." Seorang lagi mencelah.

"Memang pon. Ha Fara aku nak kenalkan kau. Yang pakai spek ni Thia yang sebelah dia ni Zahira but panggil Zah. " Syakila kenalkan aku dengan diorang.

"Lepas ni kita rehat sama-sama tau." Zah mencelah setelah nampak cikgu seterusnya masuk ke kelas. 

          °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

"Fara sini." Aku mengikut je bila Thia menarik aku dari tadi. 

"Kau duduk sini . Biar aku beli makanan." Aku memberikan duit kepad Thia . Aman dunia aku daripada himpunan manusia yang berebut nak beli makanan. Tapi aman aku tak lama ...

"Hey gurl. Sorang je ke. Nak saya teman. " Tegur salah seorang lelaki daripada segerombolan lelaki. 

"No thanks." Aku membalas dan memberikan senyuman tak ikhlas.

"Eh sombongnya. Jangan malu-malu ." Mereka menapak menghampiri aku. Mujur ada hero tolong.

"Kalau dia cakap tak payah tu tak payah laa. Kau tak faham bahasa ke." walaupon agak kurang di ajar disitu. but still dia tolong aku.

Mata aku menghala mencari si hero. Alangkah terkejutnya aku yang hero aku tu si Hazel sebelah rumah. Ahaksss >< *japp author mengedik* 

Aku nampak muka dia still ada lebam. Tapi tak perasan. Hensem gila bhaii. Gugur jantung aku.

"Kau asal menyebuk urusan aku. Mind your own business laa. " Lelaki tadi membalas.

"Suka hati aku laa." Balas si Hazel bersahaja.

Aku nampak orang ramai dah mula berkumpul nak tengok apa yang berlaku. Ada juga mata-mata yang menjeling aku. What aku tak buat salah kot. 

"Kau kan memang.. " Lelaki tadi mahu melepaskan tumbukan tetapi ditarik oleh rakannya sendiri.

"Apa kau nak tumbuk aku? Tumbuk laa tumbuk." Si Hazel mengulurkan pipinya kepada lelaki tersebut. Membuatkan lelaki tu bengang.

"Kau! Harini hari kau. Kau tengok laa nanti." Sebelum lelaki tadi beredar sempat lagi dia mencarut kat hazel.

Si Hazel memberikan senyuman sinis. Dan matanya menghala ke aku. Tak sampai seminit dia berlalu daripada situ bersama kawan-kawan dia.

"Fara! Kau okey?" tanya Syakila.

"ha? Ha okeyy okey." balasku. Zah meletakkan makanan aku di atas meja. 

"Kau tau tak tadi tu budak-budak hot dekat sekolah." Thia mulakan cerita.

"Budak hot?" tanya aku. Serious laa patut laa ada perempuan pandang aku tak puas hati.

"Yang tegur kau tadi tu budak-budak rugbi. Budak yang selamat kan kau tadi budak-budak badboy sekolah. Pastu yang meja sana tu . Ha yang tu budak-budak bola." Thia menunjukkan sekumpulan lelaki yang sedang berborak di hujung kantin.

"Yang sebelah meja diorang tu cheerleader sekolah." Zah menyampuk. Aku memandang group perempuan yang dari tadi menjeling aku.

"First time." Balasku lemah.

"Ha?" tanya mereka bertiga.

"First time aku jumpa sekolah macam ni." Aku membalas. Setelah siap makan aku menghantar pinggan ke tempat yang disediakan . Harini hari yang panjang. Cepat laa habis.

       °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

"So dik how your first day at school?" Abang Ngah bertanya.

"Disaster" Balasku lemah dan bergerak masuk naik ke bilik. 

"Kenapa?" Tanya Abang Ngah. Aku tak perasan yang dia ikut aku dari tadi. Disebabkan aku tak pernah ada rahsia dengan sibling aku so aku cerita laa dari A to Z.

"Wow totally disaster. Abang Ngah ship do adik dengan badboy tu. Nanti kenalkan dekat abang okey? Dah laa Abang Ngah nak pergi MMA class. Bye." Abang Ngah ni lahaii. fuhhh malas betul nak mandi but still kena mandi. Melekit woi badan.

 Sesudah selesai mandi aku keluar dari bilik air.

"Dik nak ikut along pergi pasar malam tak?" Along menjenguk kan kepalanya dari pintu.

"Nak. Just wait nak pakai tudung sat." Aku dengan laju mencapai tudung di kepala katil dan menyarungnya. Tanpa bedak aku terus pergi ke kereta.

Sesampainya kami di Pasar Malam aku keluar dari kereta terlebih dahulu. Aku nampak ramai orang. Hiuhhhh ramai sunggu aku harap tak sesat.

"Fara jom laa." ajak Along. Aku mengekori rapat. Aku takut aku jauh daripada Along so aku peggang baju dia. Orang kata malang tak berbau. Ada orang terlanggar aku buatkan aku terlepas baju Along.

Aku dah mula cuak. Purse dan phone tertinggal dekat rumah. Ni rushing punya pasal laa ni. Hampir 15 aku mencari Along tapi masih tak jumpa.

Aku keluar dari pasar malam . Aku tak perasan yang aku ada kat lorong kecil. Baru je aku nak patah balik mulut aku ditutup dari belakang.

Aku sedaya upaya keluar dari pelukan orang itu. Aku siku perut orang yang memeluk aku tu. Belum sempat aku melarikan diri. Dia tarik kaki aku sampai aku terjatuh.

Tiba-tiba orang yang menarik kaki aku mengerang kesakitan. Aku mengangkat muka melihat siapa yang datang menolong. Alangkah terkejutnya aku yang tolong itu ialah encik Hazel!

Aku nampak dia bertumbuk dengan orang itu. Sampai laa orang tu tidak bermaya dan melarikan diri.

"Asal setiap kali aku jumpa kau. Mesti kau tengah ada problem. Kau tak boleh ke lari dari problem kau. Dan setiap kali tu jugak laa muka aku ni yang tolong kau." Dia berkata dengan nada yang beku.

Mak aiii suara diaa aumm >< *once again author mengedik..

"Sorry laa. Nak mintak tolong sekali lagi boleh tak?" Aku tayang gigi dekat dia. Boleh buat iklan Darlie.

"Apa?" balasnya sepatah.

"Pinjam phone nak call Along. Nanti confirm Along risau. " balas ku. Aku lagi risaukan Along yang bakal jadi Ah Long .

Dia memberikan aku handphone dia dan aku mula mendail nombor Along mujur aku hafal nombor semua orang.

"Bagi tahu Along kau yang kau balik dengan aku." ujarnya selamba. Aku hanya menganggukkan kepala.

"Haluuuu Pulisss. " Aku mulakan pembualan lepas Along menggangkat telefon.

"Fara where the hell are you?!!" Along menjerit. Adoyaii pekak telinga aku.

"Along actually Fara tersesat . Lucky me Fara terjumpa kawan. So dia hantar Fara balik. Sorry Along." Aku membuat suara sedih.

"You have a lot of explanation to do. Get it?" Mampuihh

"Alright Along. " Aku akhiri perbualan kami. Aku memberikan phone tadi kepada tuan dia.

"Jom." Aku mengikut langkah dia ke parking lot. Ada sebuah kereta berjenama terpakir disitu.

Aku masuk ke dalam kereta benda first aku nampak handy palst. Wow dia beli sekotak.

"Meh sini tangan kau." Dia lock pintu kereta. Maybe orang lain kalau berdua dengan orang yang baru jumpa mesti seram tapi aku rasa selamat bila dekat dengan dia. I do not know why.

Aku menghulurkan juga tangan aku ke arah dia. Dia pegang lengan aku yang dilapit baju. Dia menoleh kebelakang dan mengambil first aid kit.

Dia menyapu ubat ke arah tangan aku yang berdarah. Baru aku perasan. Bila dia menyentuh tempat luka aku. Aku mengerang kesakita bila terasa pedih .

"Tahan sikit." Dia berkata lembut sambil meniup tangan aku yang luka. Setelah selesai dia membalut tangan aku menggunakan bandage.

Aku memandang mata dia. Aku tak sedar berapa lama kitorang pandang each other sampai bunyi ada orang ketuk tingkap kereta.

tok tok tok

"Kami dari Jabatan Agama Islam . Kami membuat tinjaun dan mendapati cik berdua telah berdua-duaan di dalam kereta." Alangkah terkejutnya aku . INI MAMPUS KUASA 7 PETALA LANGIT.


■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□



Hi guys. Terima kasih kerana membaca. Nanti saya buat Part 2. Maafkan saya jika ada typo. Terima kasih kerana singgah 💕







2 comments: